fbpx

Tiada larangan rentas negeri dan daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk melarang aktiviti rentas daerah atau negeri ketika ini meskipun terdapat pertambahan kes dan kluster baharu melibatkan pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat penilaian risiko berkaitan aktiviti rentas negeri dan daerah ketika ini terutamanya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Setakat ini kita masih benarkan (rentas negeri dan daerah), tiada sekatan. Meskipun KKM masih mengkaji, kita sebagai rakyat perlu menjaga keselamatan diri dan keluarga.

“Sebagai contoh, secara sukarela kita boleh membuat ujian swab sebelum keluar merentas daerah sama ada kita dari zon merah ke zon hijau ataupun sebaliknya bagi menjamin keselamatan diri dan keluarga,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, setakat ini pihaknya tiada keputusan untuk mengubah atau mengenakan syarat-syarat tertentu bagi perlaksanaan rentas negeri dan daerah.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada arahan bekerja dari rumah masih lagi dilaksanakan atau sudah ditamatkan, beliau memaklumkan bahawa arahan itu masih diteruskan sehingga kini.

“Arahan bekerja dari rumah masih lagi berjalan di kawasan PKPB sejak dari mula kita laksanakan dahulu. Tiada perubahan dan ia masih lagi diteruskan,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI