fbpx

Agong ucap tahniah sempena ulang tahun ke-57 SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena ulang tahun ke-57 suruhanjaya itu, hari ini.

Ucapan itu disampaikan baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bermula pada 1 Januari 2009, SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967.

Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI