fbpx

Anak rayu kesan bapa hilang selepas tempah e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suriatuddin

MELAKA – Seorang wanita merayu orang ramai agar membantu menjejaki bapanya yang hilang dengan kali terakhir dilihat menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Melaka Sentral, di sini, semalam.

Menurut anaknya yang ingin dikenali sebagai Farah, bapanya Suriatuddin Maliki, 68, seorang pesara kerajaan dilihat meninggalkan rumah di Bukit Katil pada pukul 5.50 pagi.

“Biasa ayah akan keluar lepas subuh untuk pergi joging tetapi semalam, menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah jiran dia dilihat keluar lebih awal dan melalui di sebuah kedai serbaneka di Ayer Molek pada pukul 8 pagi sehingga 8.20 pagi.

“Ayah memakai kemeja T bewarna biru, seluar hitam dan membawa beg silang berwarna hitam,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Katanya lagi, keluarganya telah membuat pencarian di kawasan terlibat dan terdapat orang awam memaklumkan bapanya ada meminta bantuan peniaga di sekitar untuk menempah perkhidmatan e-hailing ke Melaka Sentral.

“Mereka beritahu ayah ingin ambil bas ke Kluang, Johor. Saya pelik kerana sudah 10 tahun kami tidak pulang ke kampung di sana setelah datuk meninggal dunia.

“Sepatutnya, pagi semalam juga ayah ada janji temu doktor untuk ambil ubat sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi, itu yang membuatkan kami sekeluarga bertambah risau dengan keadaannya,” katanya.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat Suriatuddin boleh menghubungi ahli keluarganya di talian 017-8870104 atau 017-3795024.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan Orang Hilang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI