fbpx

Pelanggan Sunway City boleh daftar masuk hotel pukul 10 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunway City sentiasa mencari idea terbaik untuk menawarkan pengalaman percutian yang hebat di semua hotel miliknya. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sunway City Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk merungkai kekusutan dan kebimbangan masyarakat terhadap isu berkaitan daftar masuk dan keluar dalam industri hospitaliti baru-baru ini dengan menawarkan satu inisiatif yang menarik kepada para pelanggan yang memilih hotel miliknya iaitu Sunway Resort Hotel, Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Lagoon Hotel.

Kini, syarikat yang sentiasa mencari idea baharu untuk menawarkan pengalaman menarik kepada para pelanggannya telah menawarkan kemudahan daftar masuk ke hotel seawal 10 pagi dan daftar keluar sehingga lewat pukul 4 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, promosi tersebut hanya berlangsung selama sebulan pada hari bekerja sepanjang  bulan Oktober ini.

“Tawaran ini direka untuk menyediakan kemudahan dan fleksibiliti yang lebih baik bagi memastikan tetamu boleh memanfaatkan sepenuhnya pengalaman penginapan mereka dengan lebih santai dan berjalan lancar.

“Promosi ini juga mencerminkan dedikasi kami yang berterusan untuk menyampaikan perkhidmatan yang luar biasa dalam industri hospitaliti ini serta menunjukkan keprihatinan kami yang sentiasa peka dengan maklum balas tetamu serta trend dalam industri ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI