fbpx

Penghantar makanan maut langgar kotak kuasa TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIAN HAU (gambar kecil) disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan.

MELAKA – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum merempuh kotak kuasa (feeder pillar) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Ayer Keroh-Gapam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Tan Tian Hau, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar kotak kuasa milik TNB yang berada di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di jalan tiga lorong satu hala dan kering sementara keadaan cuaca adalah baik serta terdapat sumber pencahayaan.

“Kenderaan terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.

“Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI