fbpx

[VIDEO] Jaguh Muay Thai negara, orang pertama melutut Khabib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Rifden ketika melutut Khabib di WTCKL semalam.

PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Mohd Rifden Masdor menjadi orang pertama di Malaysia melutut juara seni bela diri campuran (MMA) dunia, Khabib Nurmagamedov di Kuala Lumpur semalam.

Melalui perkongsian di Instagram atlet muda Malaysia itu, dia turut berkata dia adalah orang pertama yang kena lutut dengan juara MMA kategori wealter weight 2011 itu.

“Hari ni saya buat sejarah orang yang pertama di Malaysia, yang kena lutut Khabib dan saya lutut khabib balik hahaha insya-Allah kalau ada rezeki kita nak berlatih dengan dia sekali MMA,” tulisnya.

Terdahulu, Khabib muncul dalam program bual bicara itu yang menampilkan Alif Satar sebagai pengacara dan bintang muda muay thai negara, Johan Ghazali atau Jojo sebagai tetamu khas.

Kunjungan bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship atau UFC itu sempena Siri Pendidika Sementara itu, kunjungan bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship atau UFC itu sempena Siri Pendidikan Islam, Faith Events 2024.

Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia anjuran Faith Events itu telah menarik kehadiran telah menarik kehadiran seramai 1,500 orang dan turut diserikan dengan persembahan khas yang mempamerkan tradisi seni mempertahankan diri Malaysia yang kaya dan sukan tempur global.

Khabib memulakan latihan seni mempertahankan diri sejak kecil di bawah bimbingan arwah bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.

Beliau membuat penampilan sulung UFC pada 2011 dan bersara sebagai juara kelas lightweight yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod menakjubkan 29-0.

Khabib juga dianggap salah seorang petarung yang paling dominan dalam sejarah sukan UFC dan pada Julai 2022, beliau telah dilantik ke dalam UFC Hall of Fame. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI