fbpx

Bukan lagi suami Cik Epal, Jofliam nafi curang dengan pembantu peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Instagram Story yang dimuat naik Jofliam.

PETALING JAYA – “Saya bukan lagi suami kepada Cik Epal. Saya bukan lagi suami sesiapa”.

Demikian pendedahan yang dibuat usahawan yang juga pempengaruh terkenal, Jofliam menerusi Instagram Story, hari ini.

Menurut Jofliam, pergolakan rumah tangganya itu bermula sejak empat bulan lalu apabila beliau didakwa berlaku curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.

“Sepanjang empat bulan, macam-macam cara fitnah katakan saya curang. Tapi hebatnya, tiada satu bukti pun yang mengatakan saya curang.

“Saya adalah ‘family man’ (lelaki berkeluarga) dan hanya setia pada yang satu. Sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah curang walaupun sesaat dan saya sangat sayangkan anak-anak saya,” katanya.

Kata Jofliam, fitnah tersebut bukan sahaja merosakkan hubungan keluarganya malah turut memberi kesan kepada perkahwinan pembantunya.

Dalam Insta Story berlainan, Jofliam turut mendakwa bahawa fitnah curang tersebut telah dirancang oleh kenalan terdekatnya.

“Cik Epal ceritakan hal sebenar kepada saya. Segala ‘game plan’ dan yang paling saya tak boleh terima, rancangan tangkap basah di tempat kerja.

“Tapi malangnya, semua dah terlambat. Rumah tangga dan kepercayaan saya sudah hilang. Sepanjang dua minggu ini, saya rasa ditikam,” ujarnya.

Difahamkan, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wagyu kini berada di Milan, Itali untuk menyertai pertandingan Top 100 Pizza. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI