fbpx

Bayi perempuan antara 5 rentung dalam kebakaran rumah setinggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima individu termasuk seorang bayi, tiga kanak-kanak dan seorang remaja berusia antara setahun hingga 14 tahun maut dalam kebakaran kawasan setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas tengah hari tadi. -Foto: Ihsan Bomba

KOTA KINABALU – Lima individu termasuk seorang bayi, tiga kanak-kanak dan seorang remaja berusia antara setahun hingga 14 tahun maut dalam kebakaran kawasan setinggan di Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas tengah hari tadi.

Maklumat awal mendapati lima mangsa yang rentung merupakan anak dua keluarga yang berjiran.

Dalam kejadian dilaporkan pukul 12.40 tengah hari tadi, mangsa yang terkorban adalah Raina Adrian, 1, Raida, 3, dan Raisa, 4, ketiga-tiganya adik beradik, manakala dua lagi anak keluarga jiran yang juga adik beradik dikenali sebagai Siti Faridah Wahid, 3, dan kakaknya Almidah, 14.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata kebakaran dilaporkan membabitkan empat rumah dan sebuah gerai.

“Mangsa ditemui rentung dalam bilik mandi salah sebuah rumah yang terbakar.

“Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.47 tengah hari sebelum seramai 35 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kebakaran.

“Operasi terkawal pada pukul 1.29 petang dan Pasukan Bomba masih lagi memadam bara-bara api.

“Semua mangsa sudah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Pasukan Forensik JBPM,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI