fbpx

Penduduk robohkan ‘makam keramat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk bergotong-royong merobohkan makam dan bangunan tersebut. - TikTok

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Pemalang, wilayah Jawa Tengah meruntuhkan sebuah kubur yang dianggap makam keramat oleh sebilangan orang, lapor laman berita Tribunnews.

Makam yang didirikan di dalam sebuah bangunan tersergam indah itu didakwa menempatkan jasad seorang pemimpin yang sangat dihormati iaitu Habib Amir bin Yahya.

Ia dianggap sebagai makam keramat oleh sesetengah orang yang menjadi taksub dengannya.

Justeru, selepas melakukan beberapa perbincangan, penduduk sepakat untuk merobohkan kubur tersebut kerana ia dinggap makam keramat palsu.

Penduduk kemudian merobohkan kubur tersebut termasuk bangunan berkenaan sambil diawasi oleh petugas keselamatan.

Tiada sebarang kekacauan ditimbulkan oleh mana-mana pihak sepanjang proses tersebut berlaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI