fbpx

PTP beli empat kren dermaga baharu daripada Sany Marine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mark Hardiman (dua dari kiri) dan Jeff Fu (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian perjanjian di PTP baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)  telah menandatangani perjanjian dengan  Sany Marine Heavy Industry Co Ltd (Sany Marine) untuk pembelian empat kren dermaga Super Post Panamax (SPP) baharu.

Perolehan kren dermaga terbaharu ini akan meningkatkan lagi kapasiti operasi PTP, dengan menyokong rancangan strategik perniagaan melalui penambahan kesulurahan jumlah semasa jentera kren dermaga PTP yang kini sebanyak 58 unit.

Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pemilikan kren dermaga tercanggih ini adalah  langkah penting dalam usaha PTP untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggannya serta memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab pindah kontena utama dan pemain penting dalam industri maritim serantau.

“Kren-kren dermaga baharu ni akan meningkatkan dan mengukuhkan lagi kapasiti kendalian PTP dengan ketara, sekali gus membolehkan syarikat mengendalikan kapal-kapal kontena mega secara efisyen, kendalian kargo, dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan memastikan rantaian dagangan tanpa gangguan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Majlis menandatangani perjanjian telah berlangsung di PTP  melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Mark Hardiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sany Marine, Jeff Fu. 

Perjanjian turut melibatkan klausa pilihan kepada PTP untuk membeli empat kren dermaga SPP tambahan daripada Sany Marine dalam masa terdekat.

Sementara itu, Hardiman turut menjelaskan perolehan kren tersebut juga merupakan sebahagian daripada strategi pemodenan dan penyelengaraan berterusan jentera terminal PTP.

“Perolehan ini membolehkan pihak PTP untuk terus mengendalikan peningkatan jumlah kargo secara lebih efisen, dan membolehkan jarak masa peralihan diantara kapal diurus dengan lebih pantas, serta menambahbaik baik operasi pelabuhan secara keseluruhan.

“ Ini akan membawa kesan kepada hasil yang lebih lancar dan mudah diramal kepada semua pihak berkepentingan, sambil membolehkan pihak PTP mengekalkan standard keselamatan tertinggi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI