fbpx

Wujud keperluan akta khusus tangani unsur, pengaruh keganasan dari luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada majlis peluncuran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan terdapat keperluan untuk negara memiliki akta keselamatan negara yang khusus bagi memerangi unsur dan pengaruh keganasan dari luar negara.

Perdana Menteri berkata, akta itu penting bagi menjamin keselamatan dalam negara terutama daripada unsur, pengaruh luar serta antarabangsa.

“Saya serah kepada kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia serta badan penguatkuasaan lain sekiranya ada elemen-elemen yang harus dimasukkan yang belum cukup kuat dalam undang-undang negara.

“Saya pasti tentunya (keperluan mewujudkan akta) akan disergah, tapi insya-Allah kita akan pertahankan kerana kita mahu lebih matang sebagai satu demokrasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan di sini hari ini.

Beliau menegaskan kerajaan tidak sesekali akan mengizinkan negara menjadi gelanggang baik puak melampau.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, hubungan Malaysia dan Hamas sebagai contoh adalah berbentuk kerjasama politik.

Katanya, ia merupakan sebahagian usaha Malaysia sebagai sebuah negara kecil dalam menjalin hubungan antarabangsa dengan semua pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI