fbpx

UCL: Sikap Arteta mampu julang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA terlalu mementingkan kesempurnaan sekali gus membolehkan Arsenal mengekalkan prestasi mereka ketika ini. - FB ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mempunyai sikap unik yang mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja dilakukannya sekali gus menjadikan pasukan lebih baik.

Tonggak tengah Arsenal, Kai Havertz mengakui dia mempelajari sesuatu daripada Arteta hingga menjadikannya sebagai salah seorang watak penting dalam perkembangan The Gunners.

Aspek itu dan motivasi pasukan yang pamer kebangkitan luar biasa ketika menang 4-2 ke atas Leicester City, Sabtu lalu akan menjadikan Arsenal lebih baik untuk hadapi Paris Saint Germain di saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

“Jelas sekali saya datang ke sini dengan persekitaran baharu di mana saya tidak pernah lagi bekerja dengan jurulatih yang sentiasa ambil berat tentang perkara kecil.

“Sesetengah perkara masih lagi benda baharu kepada saya. Saya tidak mahu memberikan apa perancangan pasukan, tetapi banyak perkara penting dan saya mula belajar daripadanya,” kata Havertz.

Walaupun sedar lawan mereka adalah pasukan berkualiti dan dilabel jaguh utama di Liga Perancis, Havertz akui tiga mata adalah cukup penting buat Arsenal selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Atalanta Bergamo.

“Arteta memikirkan tentang beban, namun kekuatan utamanya adalah daya saing dan kita dapat lihat semua itu dalam setiap perlawanan. Ia bagus buat pemain kerana kami pastinya tidak akan ada masa untuk rehat,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI