GENAP mencecah usia 50 tahun pada 5 Ogos lalu, pelakon Kajol tetap tampil dengan wajah segar, bahkan tiada garis halus pada wajahnya.
Mengakui ramai peminat memintanya berkongsi tip, akui bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu tiada rahsia yang mahu disembunyikan, sebaliknya hanya mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari sejak zaman belum berkahwin.
Kajol juga memastikan tidurnya cukup iaitu lapan hingga 10 jam sehari.
“Amalan gaya hidup sihat ini bukan setahun dua, tetapi beri impak terhadap kesejahteraan diri buat jangka masa panjang.
“Impaknya demi kesejahteraan menikmati hidup dalam jangka panjang,” katanya.