fbpx

Revolusi AI: Pegawai khidmat pelanggan, ejen jualan langsung bakal hilang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim berucap pada Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan 2024 di MITEC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 peratus daripada 97 peranan kerja di sektor kewangan akan menerima impak daripada revolusi teknologi kecerdasan buatan (AI) sama ada dari segi anjakan atau penumpuan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, antara sektor yang terlibat adalah pegawai perkhidmatan pelanggan, penasihat pelaburan, ejen jualan langsung, pegawai jualan produk, pengurus perhubungan dan pengurus pembangunan perniagaan.

Menurut Steven Sim, perkara itu terkandung dalam laporan sektor kewangan yang dilancarkan bersama Gabenor Bank Negara pada Julai 2024 lalu.

“Terdapat juga pekerjaan baharu akan muncul dalam sektor kewangan seperti pakar pembelajaran mesin, arkitek integrasi, jurutera simpanan perisian dan lain-lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai laporan yang dilancarkan itu, Steven Sim berkata, ia berdasarkan kepada data dan bukan sahaja melalui penyelidikan teori, tetapi turut membabitkan perbincangan kumpulan fokus bersama pemimpin industri semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI