fbpx

Tambah Kapoor, bukti Alia Bhatt sayangkan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT

SINONIM dengan panggilan Alia Bhatt, aktres popular itu kini mengambil keputusan menambah nama keluarga suaminya.

Tindakan tersebut dilakukan selepas dua tahun menjadi isteri kepada Ranbir Kapoor, sekali gus namanya kini disebut sebagai Alia Bhatt Kapoor.

Nama baru ini diumumkan ketika tampil pada program The Great Indian Kapil Show musim kedua Alia muncul di acara ini bagi mempromosikan filem terbaharunya, Jigra.

Menurutnya, ini menjadi momen tepat untuk memperkenalkan nama Alia Bhatt Kapoor kepada seluruh peminat serta kaki wayang.

Dalam filem tersebut, ibu kepada seorang anak itu turut bertindak sebagai penerbit.

Rata-rata peminat memberikan respons positif bahkan kagum dengan pilihannya menambah nama keluarga suami yang menunjukkan kasih sayangnya terhadap pelakon itu.

Alia berkahwin dengan Ranbir pada 2022 dan mempunyai seorang puteri yang dinamakan Raha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI