fbpx

Polis KL guna ‘billboard’ tingkat pencegahan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azry (lima dari kiri) dan Pengarah Projek Wow Media Sdn Bhd, Datuk Zulkifly Ibrahim (empat dari kanan) ketika majlis perasmian tadi.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menggunakan papan iklan digital (billboard) sebagai salah satu medium menyampaikan maklumat dalam membanteras jenayah sekali gus memberi kesedaran kepada orang awam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, polis menjadikan ia sebagai medium menyampaikan informasi dan hebahan kepada masyarakat secara terus pada Paparan Digital Billboard Wow Media Sdn Bhd.

“Keluasan sebanyak empat tapak telah diberikan dengan pecahan dua tapak di Balai Sri Hartamas, satu tapak di Balai Polis Kepong dan satu tapak lagi IPK KL.

“Di sekitar Kuala Lumpur, terdapat lebih dari 20 unit Paparan Iklan Billboard Digital WOW Media dipaparkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Papan Iklan Digital Polis Kuala Lumpur bersama Wow Media Sdn Bhd di Balai Polis Sri Hartamas hari ini.

Jelas Azry Akmar, papan iklan digital itu juga dapat dimanfaatkan dengan memberi hebahan berkaitan aktiviti anti jenayah kepada umum.

“Pada tahun 2021, cadangan bagi sewaan tapak premis milikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah dibuat dan pihak Wow Media Sdn Bhd telah mengemukakan permohonan sewaan tersebut.

“Saya juga difahamkan, sebanyak dua unit Paparan Iklan Digital Billboard di Balai Sri Hartamas dan satu lagi di Balai Polis Kepong telah siap dibina dan beroperasi pada suku kedua ini yang mana pembinaan dan pelaksanaan tersebut dilakukan dalam tempoh lebih kurang tiga ke empat bulan.

“Saya yakin, dengan kerjasama di antara pihak PDRM dan Wow Media ini akan memberi manfaat kepada dua-dua belah pihak khususnya pihak syarikat dengan dapat memperluaskan lagi perkhidmatan pengiklanan digital billboard mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI