fbpx

Arus setinggi 15sm boleh tumbangkan orang dewasa, 60sm mampu hanyutkan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) menasihatkan orang ramai terutama di kawasan yang terjejas banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa.

PHM menerusi perkongsian di Facebook berkata, tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan kekuatan arus deras semasa banjir boleh membahayakan keselamatan.

“Walaupun nampak cetek, arus setinggi 15 sentimeter (sm) sudah cukup untuk menjatuhkan orang dewasa, manakala arus setinggi 60sm boleh menghanyutkan kereta.

“Jika terpaksa menyeberang, cuba cari laluan yang lebih cetek atau tidak berarus. Jika perlu berjalan melalui air, gunakan tongkat atau kayu panjang untuk menguji kedalaman,” kata PHM.

Selain itu, PHM turut memesan agar sentiasa memakai jaket keselamatan atau peralatan yang boleh membantu untuk terapung ketika meredah arus banjir.

“Selalu cari laluan yang lebih selamat atau tunggu bantuan jika keadaan terlalu berbahaya,” pesan PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI