fbpx

Tiga kenderaan disimbah cat merah angkara along di Sitiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis memaparkan kad pengenalan seseorang dilemparkan di hadapan sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan awal pagi semalam.

LUMUT – Tiga kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan disimbah cat merah dipercayai angkara perbuatan ceti haram atau along awal pagi semalam.

Tiga kenderaan itu ialah Proton X70, Proton Persona dan Nissan Almera yang diletakkan di depan sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pemilik kenderaan yang berusia 42 tahun membuat laporan polis kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

“Saksi awam di lokasi memberitahu dia ternampak dua lelaki menunggang motosikal mundar-mandir di kawasan perumahan tersebut sebelum kejadian itu berlaku,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat notis memaparkan gambar kad pengenalan seorang lelaki dilemparkan di pagar rumah mangsa. Dokumen itu langsung tiada kaitan dengan pengadu dan ahli keluarganya.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Fairez Zulkafli di talian 011-57617485 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menerusi 05-6886222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI