fbpx

[VIDEO] Lelaki curi pakaian sudah ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan kejadian kecurian terbabit.

SEREMBAN – Seorang lelaki yang tular selepas mencuri pakaian di ampaian di hadapan sebuah rumah Taman Chip Aik, di sini sudah diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki pada pukul 10.18 pagi semalam yang menyatakan ada individu mengambil ampaian dan pakaian miliknya.

“Hasil maklumat awam dan perkongsian di media sosial, kita berjaya menangkap seorang lelaki dan merampas barangan yang dicuri dalam kejadian tersebut.

“Pihak polis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat dan membuat hebahan di media sosial sehingga
tertangkapnya pelaku kes ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohamad Hatta, saksi kejadian diminta supaya tampil memberi keterangan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Sarjan Mohd. Hazrat Abdul Rashid di talian 011-619229004.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki yang memandu kereta dipercayai Proton Gen2 berwarna biru mencuri beberapa helai pakaian yang disidai di ampaian sebuah rumah di Seremban.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 3.44 petang kelmarin dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah terbabit. – KOSMO! ONLINE

@pqazamari UPDATE ORANG ORANG SEREMBAN . Korang pun jaga jaga , orang sekarang baju pun nak mencuri . KEPADA PECURI , TOLONG PULANGKAN BALIK BAJU SEBELUM MUKA KAU VIRAL 😡 #seremban2 #fyp #viral_video ♬ original sound – piqazamariiii

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI