fbpx

Remaja maut digilis Perodua Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang maut selepas digilis sebuah kereta di Kilometer 0.5 Jalan Pasir Puteh-Semerak dekat Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh semalam. FOTO IHSAN POLIS

PASIR PUTEH – Seorang remaja perempuan maut digilis sebuah kereta selepas motosikal yang dia tunggang merempuh belakang trak pikap di Kilometer 0.5 Jalan Pasir Puteh-Semerak dekat Kampung Gong Chapa di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.20 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux seorang lelakibberusia 30 tahun sedang dalam perjalanan dari arah persimpangan lampu isyarat Kemunting menghala ke Semerak.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan itu memberi isyarat untuk berhenti di bahu sebelah kiri jalan.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 yang datang dari arah sama kemudian merempuh bahagian belakang sebelah kanan trak pikap itu.

“Keadaan itu menyebabkan remaja itu terjatuh ke atas jalan sebelum digilis sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang datang dari arah sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurutnya, polis ketika ini masih giat mengesan pemandu kereta Perodua Kancil bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI