fbpx

Penduduk Selangor dijangka hidup paling lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Penduduk Selangor dijangka hidup paling lama berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2022-2024 menunjukkan Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh sama.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, terdapat tiga negeri mempunyai jangkaan hayat melebihi paras nasional pada 2024 iaitu Selangor, Labuan dan Kuala Lumpur.

“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut daerah pentadbiran pada 2024 dicatatkan di Petaling, Selangor (80.2 tahun), manakala Samarahan, Sarawak, tertinggi bagi 2023 (79.6 tahun) dan 2022 (79.5 tahun),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kuala Penyu, Sabah pula mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi tempoh 2022-2024, yang mana secara keseluruhannya sebanyak 31 daripada 156 daerah melepasi jangka hayat di peringkat nasional.

“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki di Samarahan, Sarawak (79.6 tahun), manakala perempuan di Petaling (82.1 tahun),” ujarnya.

Beliau berkata, bagi tempoh 2014 hingga 2019, jangkaan hayat ketika lahir meningkat 0.3 tahun dengan lelaki meningkat 0.1 tahun manakala perempuan pula 0.4 tahun.

Walau bagaimanapun jelas Mohd. Uzir, bagi 2020 hingga 2022, jangkaan hayat ketika lahir menurun 0.9 tahun dengan lelaki menurun 1.0 tahun, manakala perempuan pula 0.8 tahun.

“Bagi tahun 2023 hingga 2024, jangkaan hayat ketika lahir mencatatkan peningkatan sebanyak 1.2 tahun.

“Peningkatan ini disebabkan jumlah kematian pada tahun 2023 dan 2024 telah berkurangan berbanding 2021 dan 2022 yang mana berlakunya lebihan kematian semasa pandemik Covid-19,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI