fbpx

15 peratus kuarters polis tidak boleh dihuni sama sekali – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kira-kira 80 peratus daripada 64,000 kuarters kediaman anggota polis di seluruh negara berada dalam keadaan layak untuk didiami, manakala 15 peratus lagi tidak boleh dihuni sama sekali.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, justeru, keutamaan harus diberikan kepada aspek kebajikan, terutamanya melihat kepada keadaan kuarters kediaman anggota polis di negara ini.

“Sebagai agensi penguat kuasa terbesar di negara kita (polis), salah satu aspek yang telah lama diabaikan ialah aspek kebajikan, dan oleh itu, saya meminta agar lebih perhatian diberikan terhadap perkara ini.

“Terdapat 64,000 unit di seluruh negara. (Kira-kira) 80 peratus daripadanya boleh diduduki, 15 peratus tidak boleh diduduki dan terdapat peratusan selebihnya yang dengan sedikit pembaikan boleh dijadikan layak untuk didiami,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin turut menekankan mengenai keperluan perancangan lebih terarah, sambil mengakui bahawa bajet yang diperuntukkan mungkin tidak mencukupi untuk menangani semua isu secara sekaligus.

Oleh itu, katanya, unit-unit yang tidak boleh didiami serta memerlukan pembaikan kecil akan dijadikan keutamaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI