fbpx

Pemandu teksi pindah RM141,000 ke akaun ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KLUANG – Seorang pemandu teksi berusia 67 tahun mengalami kerugian RM141,000 selepas wang simpanannya lesap dikebas individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mangsa menerima panggilan daripada lelaki mendakwa dia terbabit dalam 16 kes jenayah pada 26 Ogos lalu.

“Akibat panik, mangsa memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan suspek kononnya akaun bank tersebut akan dibekukan.

“Namun setelah semakan dibuat pada 26 September lalu mendapati duit yang dimasukkan itu lesap.

“Usaha mangsa untuk mendapatkan penjelasan daripada suspek gagal selepas lelaki itu tidak dapat dihubungi sebelum membuat laporan kerana percaya dirinya ditipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bahrin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau denda. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI