fbpx

Kelulusan geran HRD Corp dipercepat kepada sehari – Steven Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven berucap pada Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2024 di MITEC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Teknologi kecerdasan buatan (AI) amat menyumbang kepada hasil kerja Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) terutama dalam mempercepatkan proses kelulusan geran dari tempoh seminggu kepada sehari.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, HRD Corp menggunakan AI sebagai komponen utama bagi proses kelulusan geran terbabit bermula daripada mengimbas, membaca dan menganalisis dokumen serta membantu dalam membuat keputusan yang lebih pantas.

“Menggunakan AI, HRD Corp berjaya mengurangkan proses kelulusan geran daripada seminggu kepada kurang sehari,” katanya ketika bercakap pada Majlis Peramian Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga menggunakan teknologi AI menerusi projek perintis bagi mengurangkan tempoh pengeluaran surat jaminan kepada pencarum yang memerlukan kemasukan ke hospital supaya mereka dapat menerima rawatan perubatan secara percuma.

Jelasnya, jika sebelum ini Perkeso mengambil masa tiga hari untuk mengeluarkan surat jaminan itu, tetapi dengan bantuan AI, proses tersebut boleh dikurangkan kepada satu jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI