fbpx

Polis rakam keterangan saksi kes lelaki lompat landasan monorel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki melompat keluar daripada landasan monorel Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis merakam beberapa keterangan saksi berhubung kejadian seorang lelaki melompat melintasi landasan monorel Bukit Bintang, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya masih mengesan suspek sekali gus meminta orang ramai untuk tampil sekiranya mempunyai maklumat.

“Lelaki itu masih belum dapat ditangkap lagi dan identitinya juga tidak dapat dikenal pasti lagi sama ada warga tempatan atau warga asing.

“Kita telah merakam percakapan beberapa saksi iaitu dua atau tiga orang berhubung kejadian ini,” katanya pada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Sri Hartamas hari ini.

Menurut beliau, kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan).

Terdahulu, video tular berdurasi empat minit memaparkan seorang lelaki berbaju putih melompat ke landasan Monorel Bukit Bintang.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan kejadian daripada polis bantuan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sekitar pukul 9.34 malam, Rabu lalu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI