fbpx

Fahmi hadir Persidangan GSMA Mobile APAC 360 di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kunjungan Fahmi ke Korea Selatan disambut oleh Mohd. Zamruni. - Foto Facebook Fahmi Fadzil

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menghadiri Persidangan GSMA Mobile APAC 360 di Korea Selatan dalam lawatan kerjanya selama tiga hari di negara itu bermula hari ini.

“Tiba di Seoul semalam dan disambut mesra oleh Duta Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd. Zamruni Khalid.

“Insya-Allah, selain menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat telekomunikasi kedua-dua negara, saya akan menyampaikan ucaptama pada persidangan GSMA Mobile 360 APAC,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, usaha negara-negara mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) menjadi fokus pada persidangan kali ini dan tumpuan sama akan diberikan oleh Malaysia.

Fahmi menghadiri persidangan tersebut buat kali kedua. Beliau menghadirinya kali pertama pada Septemner tahun lalu dan menyampaikan ucaptama di GSMA Mobile 360 APAC serta Forum Pemimpin Dasar 2023.

Pada persidangan tersebut beliau menekankan usaha penting dalam meningkatkan kesalinghubungan jalur lebar serta pelaksanaan rangkaian 5G yang sedang dilaksanakan di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI