fbpx

Park Ji-ah meninggal dunia akibat pendarahan otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Park Ji-ah dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian otak.

PELAKON drama popular The Glory, Park Ji-ah dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian otak, pukul 2.50 pagi tadi.

Berita kematian pelakon berusia 52 tahun itu disahkan agensinya, Billions yang memaklumkan pemergian aktres terbabit berpunca dari serangan strok.

“Park Ji-ah meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas mengalami strok iskemik iaitu pembuluh darah di otak tersumbat.

“Majlis pengebumian mendiang akan dilakukan di Dewan Pengebumian 2 di Pusat Perubatan Asan pada 2 Oktober, pukul 10 pagi.

“Kami (Billions) akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang terhadap dunia seni yang dutunjukkan sehingga hujung hayatnya,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sebelum ini, Ji-ah bertarung dengan penyakit yang tidak didedahkan selain diserang angin ahmar.

Akibatnya, mendiang berada dalam keadaan koma sehingga ke akhir hayatnya.

Terdahulu, Ji-ah memulakan kerjaya seni pada tahun 2002 menerusi filem Costal Line.

Namun kehebatan lakonannya terserlah menerusi beberapa filem seram termasuk Gidam (2007) dan Gonjiam (2018).

Nama anak jati Seoul itu semakin dikenali apabila memegang watak ibu kepada aktres Song Hye-kyo menerusi drama bersiri Netflix iaitu The Glory pada 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI