fbpx

’70 peratus mesej saya terima semua daripada lelaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lumrah memiliki wajah kacak dan menawan, pasti menjadi idaman setiap insan.

Begitu juga dengan pelakon baharu, Lorenzo Irmann, 20, yang sering menjadi mangsa godaan kaum sejenis.

Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Itali iitu sering menerima mesej dalam akaun media sosial yang kebanyakannya daripada lelaki.

“Boleh dikatakan 70 peratus daripada mesej-mesej yang saya terima dalam Instagram adalah daripada lelaki.

“Saya sendiri tak faham kenapa situasi seperti ini terjadi. Tetapi biasanya saya tidak layan,” katanya kepada Kosmo Online.

Lebih parah apabila ada peminat yang berani menghantar gambar serta video yang tidak senonoh kepadanya.

“Terkejut saya bila buka, tengok gambar dan video yang tidak sepatutnya.

“Yang hantar pula lelaki. Saya pun lelaki. Apa yang mereka harapkan daripada saya?

“Setakat ini peminat perempuan tak ada pula yang buat perangai bukan-bukan seperti ini,” kongsinya.

Melihatkan situasi beberapa selebriti terkenal ditawarkan wang dengan jumlah lumayan untuk menjadi peneman, kata Lorenzo dia tidak mahu mencari rezeki dengan cara yang haram.

“Memanglah wang yang ditawarkan sangat lumayan. Tetapi kita bukan setakat teman makan sahaja. Penghujungnya nanti berakhir di ranjang.

“Saya mahu mencari rezeki yang halal. Biarlah saya berhempas pulas membanting tulang berlakon dalam drama yang berpuluh-puluh episod.

“Yang penting hasilnya halal. Wang itulah kita nak sara diri, ibu bapa dan keluarga. Jadi biarlah daripada hasil yang berkat,” ujarnya.

Beralih ke soal kerjaya seni, terbaharu drama lakonan Lorenzo berjudul Ternyata Sebuah Bahagia sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang.

Dalam drama tersebut Lorenzo membawakan watak sebagai anak kepada Zamarul Hisham dan Che Puan Sarimah Ibrahim yang suka memberontak dan bencikan bapanya sendiri. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI