fbpx

Banjir: Mangsa naik lagi kepada 1,395 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat memindahkan mangsa banjir di Kampung Bukit, Derang di Pokok Sena semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Seramai 1,395 orang daripada 447 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini sehingga pukul 9.30 pagi ini.

Jumlah mangsa itu meningkat berbanding 470 orang daripada 164 keluarga pada pukul 12 tengah hari semalam.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga daerah yang terjejas adalah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu.

Pokok Sena mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 737 orang daripada 233 keluarga diikuti Kota Setar 374 orang daripada 116 keluarga dan Kubang Pasu 284 orang daripada 98 keluarga.

Sementara itu, lima sungai masih merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Jambatan TAR di Kota Setar serta Sungai Titi Kerbau di Pendang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI