fbpx

Bapa dan anak maut nahas langgar tembok jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beranak maut, manakala dua lagi cedera dalam nahas babitkan sebuah kenderaan merempuh tembok jambatan di kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin, dekat Masjid Jamek Pekan Johol, di sini, petang tadi. -Foto PDRM

KUALA PILAH – Dua beranak maut, manakala dua lagi cedera dalam nahas babitkan sebuah kenderaan merempuh tembok jambatan di kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin, dekat Masjid Jamek Pekan Johol, di sini, petang tadi.

Difahamkan, pemandu kenderaan iaitu si bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun yang duduk di tempat duduk belakang disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Manakala, si ibu berusia 62 tahun dan anak perempuan berusia 28 tahun cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka menghala ke Johol.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa iaitu Perodua Axia telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tembok jambatan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan seorang penumpang telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua penumpang lagi telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amran lagi, kes disiasat di bawah Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI