fbpx

Kanak-kanak maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa.

REMBAU – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 43.7, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Muhammad Amirul Muhaimin Mohd Radhi, pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka disahkan maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, nahas melibatkan tujuh orang mangsa itu termasuklah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan Malaysia, Datuk Chia Phen Fong, 75, bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dinaiki dua beranak, kereta jenis Toyota Camry dinaiki empat individu berusia 31 tahun hingga 75 tahun dan motosikal jenis Honda RS 150 ditunggangi seorang lelaki berusia 25 tahun.

“Siasatan awal mendapati MPV jenis Nissan Serena dari arah Tampin menghala ke Seremban dinaiki dua beranak dan Toyota Camry serta Honda RS 150 pula dari arah bertentangan.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Toyota Camry yang dipandu lelaki berusia 46 tahun hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu melanggar MPV berkenaan.

“Motosikal yang datang dari arah belakang kereta Toyota Camry tidak dapat mengelak lalu melanggar sisi Toyota Camry. Akibat kemalangan itu, penumpang MPV mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu iaitu bapanya berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Shaik Abd Kadar lagi, pemandu serta penunggang lain juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan punca kemalangan didapati kereta jenis Toyota Camry gagal mengawal kenderaan sehingga masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan Nissan Serena.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke bahagian Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat esok.

“Kes disiasat di bawah Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI