fbpx

Lelaki cedera terjun kereta selepas disamun, 2 wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

AMPANG – Dua wanita antara empat ditahan selepas disyaki terbabit kes samun seorang lelaki yang dalam keadaan mabuk di Pandan Perdana, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 6 pagi itu diterimanya pada 22 September lalu.

Katanya, mangsa berusia 27 tahun ketika itu selesai berhibur di sebuah kelab hiburan dan sedang menunggu e-hailing di luar premis itu dalam keadaan mabuk.

“Kemudian sebuah kereta yang di dalamnya ada seorang lelaki dan dua wanita tempatan telah berhenti dan menawarkan untuk menghantar mangsa pulang.

“Semasa berada di dalam kereta, lelaki tersebut telah menuduh mangsa mengganggu salah seorang perempuan dalam kenderaan itu.

“Lelaki itu terus memukul mangsa dengan menggunakan helmet di tempat duduk belakang hingga menyebabkan luka di seluruh muka pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Panik dengan situasi berlaku, Mohd Azam berkata, mangsa telah terjun dari kereta yang sedang bergerak untuk melarikan diri menyebabkannya terseret di kenderaan itu.

Tambahnya, semua barang peribadi milik mangsa telah diambil oleh suspek termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM100.

“Mangsa mengalami kecederaan di pipi sebelah kanan, mulut, lutut, siku, kaki dan calar di dada sebelah kiri,” ujarnya.

Susulan itu, Mohd Azam memaklumkan, pihaknya menahan dua lelaki dan dua wanita disekitar daerah ini dan Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Ujarnya, tangkapan bermula pukul 12.20 malam sehingga 4.40 pagi itu turut merampas enam telefon bimbit milik kesemua suspek.

“Seorang suspek direman lima hari manakala tiga lagi direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 Oktober,” katanya.

Tegas beliau, kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI