fbpx

Pencuri kenderaan lama ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk menunjukkan antara kenderaan yang berjaya dirampas pada sidang akhbar di IPD Ampang Jaya hari ini.

AMPANG JAYA – Kegiatan seorang lelaki yang mensasarkan kenderaan lama untuk dicuri berakhir apabila dia ditahan oleh pihak polis pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki tersebut ditangkap oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Pandan Indah yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Indah 26, Taman Cheras Indah selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa ditemui, suspek warga tempatan yang berusia 34 tahun sedang memandu sebuah lori jenis Isuzu Commando berwarna merah sebelum sepasukan anggota polis tersebut mengekorinya sehingga ke Jalan Cheras Hartamas.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian bertindak cuba melarikan diri dengan keluar dari kenderaan tersebut. Pihak polis bagaimanapun mengejar dan berjaya menangkap suspek tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, semakan terhadap kenderaan dipandu suspek itu mendapati ia merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur pada 29 Disember lalu.

“Hasil soal siasat ke atas suspek juga telah mendedahkan penglibatan suspek dengan beberapa kes curi kenderaan.

“Susulan daripada itu, polis telah berjaya membuat rampasan ke atas empat buah kenderaan di kawasan tepi jalan Pandan Indah, Ampang Jaya yang terdiri daripada sebuah kereta jenis Proton Wira, Proton Iswara Aeroback, sebuah van jenis Nissan dan sebuah lori jenama Nissan,” jelasnya.

Kesemua kenderaan tersebut didapati telah dilaporkan hilang pada bulan Ogos dan Disember tahun lalu di sekitar Pandan Indah dan Kajang.

Menurtnya, modus operandi suspek adalah bergerak secara bersendirian dan menyasarkan kenderaan model lama yang diletakkan di tepi-tepi jalan sebelum kenderaan-kenderaan itu akan dileraikan dan dijual sebagai alat ganti.

“Suspek telah direman di bawak Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai 1 hingga 6 Januari ini untuk siasatan.

“Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai 22 rekod lampau dan ujian air kencing terhadap suspek dapati positif dadah jenis metamfetamin,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI