fbpx

JPJ perluas operasi buru pemandu lori positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika hadir pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-20 di Seremban hari ini.-Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan kawasan operasi bersepadu bagi mengesan pemandu kenderaan berat yang melanggar peraturan termasuk positif dadah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebelum ini JPJ melaksanakan operasi itu dengan menyasarkan pemandu bas ekspres dan bas persiaran.

Hasil operasi itu, ramai pemandu bas telah dikesan positif mengambil bahan terlarang tersebut.

“Sekarang kita fokus kepada kenderaan perdagangan dan berat, memang perkara ini diberikan perhatian yang cukup berat oleh JPJ dan operasi yang lebih ketat akan diadakan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Sebelum ini memang sudah dilaksanakan operasi bersepadu terhadap kenderaan berat cuma sebelum disasarkan di beberapa kawasan perindustrian. Selepas ini operasi akan diperluaskan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-20 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anthony turut mengingatkan syarikat lori termasuk membenarkan individu positif dadah memandu kenderaan terbabit turut tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Mana-mana syarikat yang membenarkan pemandu yang positif dadah memandu dan mengakibatkan kemalangan juga akan diambil tindakan, bukan sahaja pemandu tetapi pemiik syarikat juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI