SEBIJI burger ‘special’ dibayar dengan harga RM350. Itulah rezeki yang diterima oleh seorang peniaga burger di Bangsar, Kuala Lumpur setelah pencipta kandungan YouTube popular iaitu IShowSpeed mengunjungi gerainya baru-baru ini. Selebriti berkenaan telah membayar burger tersebut dengan menggunakan mata wang Kemboja. “Dia bagi (bayar) bukan dalam USD, tetapi mata wang Kemboja. Semuanya ada tujuh keping dan setiap keping bernilai 50,000 riel. “Anda kiralah sendiri berapa semua (mata wang) ya. Tetapi di sini (Malaysia), harga burger masih sama,” kata peniaga tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya