fbpx

Liga Super: Steinbruckner pening nasib malang TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC memiliki deretan peluang untuk menghasilkan jaringan, namun digagalkan oleh penyudah tumpul.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner makin pening memikirkan skuad kendaliannya terus dihantui ‘penyakit’ sama mudah hilang fokus dan mensia-sia peluang terhidang apabila tumbang 0-1 kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus kelmarin.

Beliau berkata, kesilapan awal oleh pemain tengah, Marin Pilj memusnahkan hasrat TFC mengutip mata di laman sendiri walaupun tampil dengan aksi lebih baik.

“Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan berbanding Selangor, namun sekali lagi dikecewakan oleh ketumpulan penyudah.

“Saya tidak boleh menyalahkan pemain-pemain kerana mereka memberikan 100 peratus, malah tidak seharusnya pulang dengan tangan kosong, tetapi inilah bola sepak,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Steinbruckner berkata, skuad kendaliannya beraksi lebih baik dan mencipta deretan peluang sebaik bolos seawal minit pertama malangnya deretan peluang terhidang gagal diterjemah kepada jaringan.

“Masalah sama berulang banyak kali dengan kemenangan dicari gagal diraih sebaliknya dihukum oleh kesilapan individu dan kegagalan menerjah gawang lawan.

“Bagaimanapun saya masih belum mahu menekan butang panik dengan kemerosotan prestasi pasukan yang hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI