fbpx

Pengemis warga asing tinggal di rumah selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA sosial bertanya soalan kepada pengemis yang ditangkap. - Foto Pattaya Mail

BANGKOK – Sebahagian daripada pengemis warga asing yang ditangkap didapati tinggal di rumah yang selesa di Pattaya, Thailand, lapor portal berita Pattaya Mail semalam.

Penemuan itu dibuat selepas satu operasi bersepadu melibatkan Pejabat Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Chonburi diadakan kelmarin.

Dalam operasi itu, ramai pengemis dilihat merayu kepada pelancong asing dengan duduk di kaki lima. Mereka kebiasaannya ditemani oleh kanak-kanak kecil, orang tua atau orang kelainan upaya.

Anggota-anggota pihak berkuasa kemudian menahan sejumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. 

Mereka turut meninjau tempat penginapan pengemis-pengemis itu dan mendapati bahawa ramai daripadanya tinggal di rumah yang selesa. 

“Ramai individu mengeksploitasi kemurahan hati pelancong sambil menikmati taraf hidup yang lebih tinggi daripada penduduk tempatan,” kata seorang pekerja sosial.

Sebahagian daripada mereka pernah ditahan sebelum ini dan telah dihantar pulang tetapi kembali ke Pattaya kerana mendapat pendapatan lumayan hasil daripada mengemis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI