fbpx

MotoGP: Martin ungguli GP Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN meraih kemenangan ketiga musim ini di GP Indonesia sekali gus memiliki kelebihan untuk menerajui takhta kategori pelumba. - AFP

PELUMBA Pramac Racing, Jorge Martin merekodkan kemenangan cemerlang pada perlumbaan MotoGP Indonesia semalam untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan kejuaraan dunia.

Pelumba berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan di hadapan rakan senegaranya dari Sepanyol, Pedro Acosta yang berada di tempat kedua untuk membolehkan dia memiliki kelebihan 21 mata sebagai pendahulu.

Pencabar utama Martin, pelumba Ducati, Francesco Bagnaia terpaksa berpuas hati untuk berada di kedudukan ketiga sekali gus berbaki lima perlumbaan musim ini bakal menyaksikan persaingan lebih sengit.

Di Litar Mandalika yang mencabar dengan cuaca panas terik, pusingan pertama perlumbaan menyaksikan empat pelumba terlibat dalam kemalangan melibatkan Alex Marquez, Alex Espargaro, Jack Miller dan Luca Marini selain Enea Bastianini dan Marc Marquez juga turut gagal menamatkan saingan.

Bagaimanapun, Martin berjaya bangkit daripada insiden terjatuh dalam perlumbaan sprint kelmarin, yang sekali gus menafikan kelebihan diraih Bagnaia ketika memenangi perlumbaan tersebut.

“Saya sangat gembira. Kemenangan ini lebih bermakna kerana selepas apa yang berlaku musim lalu dan kemalangan semalam, sangat sukar untuk kembali beraksi. Saya ada keraguan, bukan tentang kemampuan diri, tetapi tentang kemungkinan kemalangan di selekoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI