fbpx

Isteri minta ‘top up’ RM10, suami bagi penampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ujian rumah tangga itu hadir dalam pelbagai bentuk termasuklah hal yang dianggap kecil, namun adakalanya menjadi masalah besar bagi sesetengah pasangan.

Menerusi perkongsian seorang wanita di kumpulan Facebook, Luahan Hati Isteri, dia tidak menyangka suami sanggup menampar pipinya gara-gara RM10.

Kata wanita itu, dia meminta suaminya untuk membeli kad tambah nilai RM10 di kedai dan berjanji akan bayar semula sekiranya mempunyai wang yang mencukupi.

“Tak sempat nak cakap panjang, suami dah bagi penampar dekat muka saya. Allah, beratnya ujian hidup saya. Gara-gara ‘top up’ RM10, saya dilayan seteruk ini.

“Saya tak pasti suami ada masalah di tempat kerja atau apa sehingga barannya menjadi-jadi. Saya meluah di sini kerana tak mampu pendam sendiri. Harap tiada yang kecam, cumanya berharap kata-kata semangat daripada anda,” luah wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menawarkan diri untuk membantu menambah kredit wanita tersebut selain meninggalkan kata-kata semangat dan doa.

“Kalau puan sudi, biar saya bantu puan isu kredit telefon. Puan boleh dm (mesej) saya. Insya-Allah mana yang boleh, sama-sama kita bantu,” kata Adibah.

“Tak akan sebab nilai RM10, maruah isteri suami abaikan. Moga akak terus kuat ya. Kalau akak belum ada ‘top up’, saya ikhlas untuk bantu akak. Boleh balas komen saya ini kalau akak ada baca,” kata Noorliza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI