fbpx

Tiga warga Vietnam dipenjara kerana jual daging kucing, anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - CDC

BEIJING – Tiga warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 17 bulan dua minggu kerana menghidang daging anjing serta kucing dan mengendalikan restoran tanpa lesen di Hong Kong, lapor portal berita VN Express semalam. 

Tran Quang Tan, 51, bersama isterinya, Le Thi Oanh, 44 serta menantu lelaki mereka, Nguyen Manh Dat, 26, didapati bersalah kerana bekerja di restoran yang terletak di Mong Kok pada awal tahun ini.

Ketiga-tiga pendatang tanpa izin di Hong Kong itu turut mengaku menjual daging anjing dan kucing semasa perbicaraan kelmarin.

Pihak berkuasa menyerbu premis berkenaan pada Februari lalu berikutan maklumat daripada pegawai yang menyamar sebagai pelanggan.

“Kami menemui beberapa warga Vietnam dan menu dalam bahasa Vietnam untuk hidangan daging anjing dan kucing, di samping rekod perniagaan. 

“Semasa serbuan, kami juga menemui 34 bungkusan daging haiwan yang dipercayai diseludup masuk ke Hong Kong dengan bot,” kata pihak berkuasa. 

Pendakwa raya menyatakan bahawa bungkusan itu mengandungi daging anjing serta kucing.

Menurut keterangan mahkamah, pasangan itu didapati sama ada menguruskan bil atau menyediakan makanan di dapur, manakala anak lelaki mereka, Tran Nhat Minh, dituduh membantu tetapi mengaku tidak bersalah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI