fbpx

Lelaki OKU maut, Proton Wira rempuh lori tangki di Rusila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Mohd. Zakaria yang maut dalam kemalangan di KM 12, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Rusila, Marang hari ini.

MARANG – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh lori tangki minyak di Kilometer 12, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Rusila, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Zakaria Abdullah, 39, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Razman Setapa berkata, sewaktu kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari pekan Marang di sini.

“Setibanya di lokasi, kereta Proton Wira dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Kereta itu kemudian bertembung dengan lori tangki minyak yang berada di laluan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Razman berkata, impak kemalangan itu menyebabkan Mohd. Zakaria tersepit di dalam kenderaannya yang remuk.

Tambah beliau, sepasukan anggota bomba yang diketuai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Mohd. Zafelee Mohamad mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI