fbpx

DiCaprio sertai parti ‘liar’ P. Diddy?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR lama Leonardo DiCaprio yang tular dalam ruangan media sosial.

AKTOR Leonardo DiCaprio meminta khalayak berhenti mengaitkan namanya dengan bintang rap kontroversi iaitu P. Diddy atau nama sebenarnya Sean John Combs.

Menurut sumber, DiCaprio sudah tidak menghubungi Diddy sejak beberapa tahun lalu. Pihak DiCaprio juga menolak tuduhan mengaitkan nama aktor tersebut sekali gus terlibat dengan dakwaan pemerdagangan seks dan aktiviti pelacuran.

Tuduhan ke atas DiCaprio itu dipercayai bermula selepas tular gambar pelakon filem Titanic itu menghadiri salah satu parti anjuran Diddy iaitu White Party sekitar tahun 2000-an.

“Leonardo DiCaprio langsung tiada kaitan dengan mana-mana perkara ini. Dalam parti itu bukan hanya dia seorang sahaja, tetapi terdapat beberapa individu lain juga.

“Tidak masuk akal apabila ingin mengaitkan dia dengan apa yang terjadi sekarang hanya kerana gambar sekitar 20 tahun lalu,” kata sumber.
Diddy ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan memaksa wanita melakukan aktiviti seksual sebagai sebahagian daripada skim pemerdagangan seks dan pemerasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI