fbpx

Pas Kelantan yakin tiada ahli terlibat GISBH, Al-Arqam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Pas Kelantan yakin bahawa tiada ahli parti itu terlibat dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) atau ajaran Al-Arqam yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kira-kira 30 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, parti itu merupakan entiti yang sangat berbeza daripada GISBH dan Al-Arqam.

“Sekarang ini, tiada ahli Pas yang dikesan terlibat dengan kedua-dua kumpulan itu. Saya yakin memang tiada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-55 Tahun Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tiada penjawat awam Kelantan dikesan terlibat dengan GISBH atau Al-Arqam.

Ditanya sama ada Kerajaan Kelantan akan mengikuti langkah Selangor menutup semua premis berkaitan GISB di negeri itu, beliau menjelaskan ia bergantung kepada keputusan siasatan pihak berkuasa terlebih dahulu.

“Buat masa ini, kita (kerajaan negeri) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat segala aktiviti berkaitan GISBH di Kelantan. Kita tunggu laporan lengkap sebelum memutuskan sebarang tindakan.

“Kita tidak mahu membuat keputusan awal atau mendahului siatan pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sudut perundangan selain Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dalam konteks agama.

“PDRM, Maik dan Jaheaik ketika ini sedang menjalankan siasatan di semua kawasan. Jika terbukti kegiatan GISBH di Kelantan melanggar peraturan daripada sudut agama dan lain-lain peraturan, kerajaan negeri akan mengambil tindakan sepatutnya mengikut peruntukan undang-undang,” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kerajaan Selangor mengarahkan semua premis GISBH di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI