fbpx

Anak penoreh getah dapat sambung pengajian di UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL Wezas, Nurul Anuar Jamasan ( lima dari kiri ) dan Prof Norkhalid (dua dari kiri ) ketika menyampaikan sumbangan kepada Nurul Hazwanie selepas sesi pendaftaran di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI, Tanjung Malim semalam.

TANJUNG MALIM – Anak penoreh getah yang tular di media sosial baru-baru ini kerana berdepan masalah kewangan akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Pengarah Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (Wezas UPSI), Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir berkata, Nurul Hazwanie Badeli merupakan salah seorang daripada 93 pelajar yang menerima bantuan skim bantuan pendaftaran pelajar baharu bagi kemasukan semester satu Sesi 2024/25.

Beliau berkata, pelajar yang terpilih itu adalah dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Wezas dengan kerjasama Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) membuat saringan data pendaftaran pelajar baharu bagi mengenal pasti pelajar yang memerlukan.

“Satu pautan khas disediakan dalam portal pendaftaran untuk dilayari bagi pelajar mengisi maklumat yang diperlukan,” katanya di sini semalam.

Jelas beliau, pelajar yang menerima skim itu akan dibahagikan kepada dua jenis bantuan iaitu kritikal dan separa kritikal

“Bagi kritikal, seramai 36 pelajar menerima bantuan RM3,000, manakala separa kritikal pula 57 pelajar yang menerima RM1,500 menjadikan sebanyak RM193,500 diperuntukkan untuk skim bantuan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi, UPSI sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar bagi memastikan proses pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) berjalan lancar.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia baru-baru ini dan menerima tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI