fbpx

Lelaki mohon maaf, tidak sedar anjing diikat di belakang kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular tersebut.

SEBERANG PERAI – Pemilik kereta yang tular membawa anjing dalam keadaan terikat di belakang kereta di lampu isyarat Jalan Kulim, Taman Sentosa, Bukit Mertajam di sini semalam mendakwa tidak menyedari kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki pada pukul 12.41 tengah malam.

Menurutnya, pengadu yang berhenti di lampu isyarat dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengatakan terdapat seekor anjing diikat di belakang keretanya.

“Pengadu kemudian turun dari kenderaan dan mendapati haiwan itu dalam keadaan terikat sebelum menghubungi isterinya. Dia kemudian dimaklumkan anjing tersebut diikat oleh adik iparnya bagi mengelak berkeliaran ke rumah jiran.

“Pengadu bagaimanapun mengaku kecuaiannya, namun tiada niat untuk menganiayai haiwan tersebut selain memohon maaf kepada orang ramai atas kekhilafannya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kejadian itu menyebabkan haiwan tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan mendapati pengadu adalah pemilik berdaftar anjing tersebut dan kes dirujuk kepada Jabatan Veterinar Pulau Pinang. Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1) E Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Terdahulu, tular dua buah video masing-masing berdurasi dua dan tujuh saat di Facebook ‘Our Lovely Bukit Mertajam’ yang memaparkan seekor anjing dalam keadaan terikat pada belakang but kereta Proton Saga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI