fbpx

Pengimport diseru turunkan harga ekoran pengukuhan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika menghadiri Konvensyen Biasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak di Ipoh hari ini.

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mahu pengimport menurunkan harga barangan masing-masing susulan pengukuhan ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, hal itu akan membolehkan rakyat merasai impak kenaikan nilai ringgit yang menjadi antara mata wang yang paling mengukuh.

“Saya selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyeru semua pengimport dapat menurunkan harga supaya rakyat menikmati nikmat daripada kenaikan nilai mata wang kita.

“Adalah perlu supaya pengimport yang telah menikmati kekuatan mata wang dapat kurang dan turunkan harga supaya rakyat betul-betul rasa nikmat daripada usaha kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Biasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak di sini hari ini sebagai Naib Pengerusi DAP.

Ringgit mengakhiri minggu lalu pada RM4.11 berbanding dolar AS, sekali gus merupakan nilai tertinggi sejak Jun 2021.

Sementara itu mengenai Belanjawan 2025, Kor Ming berkata antara inisiatif yang dikemukakan oleh kementeriannya ialah Deposit Madani iaitu usaha untuk membantu golongan muda memiliki rumah pertama.

Jelasnya, cadangan itu adalah dengan menyediakan kemudahan deposit sehingga RM30,000 maksimum dengan harga rumah tidak melebihi RM500,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI