fbpx

[VIDEO] Bangga jadi orang pertama ‘selfie’ dengan Khabib Nurmagomedov di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan yang dikongsikan Udin di TikTok

PETALING JAYA – Legenda seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dilaporkan tiba di Malaysia hari ini.

Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok @udinsofficials yang memaklumkan Khabib tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Atlet kelahiran Dagestan, Rusia yang kali pertama hadir di negara ini bakal menemui peminatnya dalam acara ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.

Lebih mengujakan, Udin berkata, dia menjadi orang pertama yang berswafoto dengan Khabib setibanya figura tersebut di Malaysia.

“Alhamdulillah dapat jadi orang pertama yang dapat selfie (swafoto) dengan Khabib. Khabib jejak sahaja kaki kat Malaysia, saya tidak lepaskan peluang. The best fighter of all time (Pejuang terbaik sepanjang masa) Allahuakbar,” katanya.

Menurut lelaki itu, dia merupakan peminat tegar Khabib sejak tahun 2015. – KOSMO! ONLINE

@udinsofficials Alhamdulillah, Guys khabib datang malaysia guys!!! Pada pukul 2am 29/9/2024 khabib mendarat di bumi malaysia. Alhamdulillah dapat jadi orang pertama yang dpt selfie ngan khabib. Khabib jejak je kaki kat malaysia saya tak lepaskan peluang guys. The best fighter of all time. Allahuakbar!!!#khabibdatangmalaysia #khabib #khabib_nurmagomedov #khabibtheeagle ♬ sonido original – 𝗥𝗢𝗡𝗔𝗟𝗗𝗢♾

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI