fbpx

Sijil halal: Dr. Akmal beri keterangan di IPD Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD Akmal ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di IPD Jasin, Melaka. FOTO AMRAN MULUP/ KOSMO!

JASIN – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh hadir memberi keterangan berhubung kenyataan balas isu sijil halal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu hadir pada pukul 10.15 pagi bersama-sama tiga peguam dilantik yang diketuai Shakeel Saifuzzaman dan meluangkan masa kira-kira 45 minit sebelum dilihat keluar dari bangunan tersebut.

Dr. Muhamad Akmal ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau hadir bagi memberi keterangan kepada pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh DAP Sarawak pada 12 September lalu.

“Kenyataan saya adalah membalas kenyataan yang dikeluarkan Teresa Kok, kita tidak menyerang mana-mana pihak tetapi kita membalas semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Seputeh itu.

“Saya percaya ini adalah perkara yang bukan sahaja saya tetapi ia turut menyakitkan hati semua orang Islam, jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan baik,” ujarnya.

Mengulas lanjut Dr. Muhamad Akmal berkata, pihaknya sentisa bersedia memberi kerjasama sekiranya kertas siasatan tersebut diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk sebarang tindakan lanjut.

Jika perkara tersebut dibawa ke mahkamah untuk tindakan seterusnya beliau bersedia untuk dibicarakan.

“Kalau saya diheret ke mahkamah saya bersedia lawan di mahkamah,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Teresa Kok mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Dr. Muhamad Akmal berikutan kenyataan mahu menampal logo tidak halal pada dahinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI