fbpx

Korban Taufan Helene meningkat kepada 63

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan banjir di South Fork New River di Boone, Carolina Utara pada Jumaat lalu. - Getty Images

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh, manakala berjuta-juta penduduk terputus bekalan elektrik akibat Taufan Helene yang melanda tenggara Amerika Syarikat (AS), lapor Perbadanan Penyiaran Britain. 

Menurut Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper, lebih 400 jalan ditutup di negeri itu dengan sebahagian besar bandar Asheville terputus bekalan elektrik. 

“Bantuan sedang dihantar kepada penduduk,” kata Cooper. 

Anggota-anggota pasukan kecemasan meneruskan operasi menyelamat besar-besaran untuk membantu mangsa banjir, termasuk 50 pekerja dan pesakit yang terkandas di atas bumbung Hospital Tennessee yang ditenggelami air. 

“Ia merupakan taufan paling kuat dalam rekod. Taufan itu membadai Big Bend Florida selama semalaman pada Khamis lalu, sebelum bergerak ke arah utara iaitu Georgia dan Carolina,” tambahnya. 

Banyak jalan raya dan rumah ditenggelami air kelmarin, dengan sebuah keluarga berkata, mereka terpaksa berenang keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Ketika Helene menjadi lemah dengan ketara, peramal cuaca memberi amaran bahawa angin kencang, banjir dan ancaman puting beliung dijangka berterusan.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Taufan Helene tiba di daratan sebagai taufan Kategori 4 pada malam Khamis lalu dan kekal selama enam jam selepas ia mendarat.

Ia merupakan taufan ke-14 yang paling kuat melanda AS sejak rekod bermula. Disebabkan saiznya yang besar, kesan angin kencang dan hujan lebat merebak di seluruh Florida, Georgia, Tennessee dan Carolina. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI