fbpx

Yayasan Keluarga Malaysia tanggung lebih 1,000 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika ditemui pemberita selepas Larian Keluarga Malaysia (LKM 2024) di Cyberjaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

CYBERJAYA – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) kini membiayai dan menanggung lebih 1,000 anak-anak yatim di seluruh negara yang kebanyakannya daripada ibu bapa meninggal akibat Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menerima dana sebanyak RM5 juta setahun daripada kerajaan bagi membiayai pendidikan anak-anak berkenaan.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, YKM akan membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anak ini sehingga mereka tamat pengajian di universiti.

“Bagi mereka yang tidak memasuki universiti pula, YKM akan membiayai kos pendidikan mereka sehingga usia 18 tahun.

“Antara sumbangan diberikan termasuk bantuan baju sekolah dan sumbangan hari raya. Jika mereka cemerlang dalam pendidikan, kami akan bagi sumbangan lain bagi menggalakkan mereka belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Larian Keluarga Malaysia (LKM) di Persiaran Flora, di sini pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI